Pages

Thursday, August 16, 2012

Gadis-gadis, Dah Check Blog Awek Tudung Candid ?

     
   Hai aweks kecintaan abam. Dah beli baju raya tak?  Psssttt . Beli jubah First Lady je dah la. Nanti kalau jalan-jalan beraya , pakai niqab ok. Risau abam kat sini.. Maklumlah sejak ada paparazi tak berbayar tanpa pencen seumur hidup ni, nanti gambar adik-adik abam ni jadi meletup.Mungkin sekarang tak meletup, tapi lepas blogger lain main seo, popular la uolss.Tak payah masuk agensi model tau. Jangan buat abam risau k.Ouch

Sample gambar blog awek tudung candid. Ini seksi tahap pelacur  ke -.-"
Rakus punya meleis.
Cer gambar mak kau yang kena bahan .Apa rasa ?

     Kenapa kena check blog ni ? Ada contest ke? Tak.Tak.Tak. Mana tahu ada gambar anda di sana.Paparazi blog Awek Tudung Candid ada satu hobi menarik tau. Ambil gambar awek bertudung secara candid, disertakan dengan caption menusuk kalbu mengundang pelempang, kemudian akan disiarkan di blognya. Seperti biasa, abam tiada hak nak tuduh-tuduh bagai.Abam ni bukan Hakim di mahkamah yang dilantik tanpa notis. Bukan juga blogger blog hiburan nak tumpang trafik. Bukan juga nak menghentam blog ni sebab aibkan orang, mahupun puji blog ni sebab berjihad atas nama islam(apakah? ). Bukan juga nak memperjuangkan nasib-nasib wanita mahupun nak mengeji cara berpakaian mereka. Macam biasalah. Kita akan kupas. Anda tentukannya , mana sisi gelap, mana sisi terang :)


   Apa sebab musabab paparazi bekerja tanpa gaji tersebut meletak gambar awek-awek bertudung sebagai model blog tersebut diselangi caption yang mengundang panas hati?Kenapa bukan yang free hair? Hati-hati, ini spekulasi.Untuk pengetahuan anda, blog itu telah diprivate dengan suksesnya. Kejap kan? Tak sempat agaknya nak menikmati duit nuffnang. Buffered earning sempat tak awok? ekekeke (bagi flying kiss) .


1)  Mungkin blog tersebut ingin menyedarkan gadis-gadis bertudung jangan pakai pakaian ketat dan pendek kerana mereka ini memakai tudung . Paparazzi ini mendakwa mereka kelihatan lebih seksi berbanding mereka yang free hair.Untuk mengetahuan anda, kalau ditanya kepada budak darjah 3, yang mana lebih seksi? Sama ada makcik free hair pakai baju ketat ke,atau makcik bertudung pakai baju ketat, nescaya budak tersebut akan menjawab mak cik free hair lebih seksi. Melainkan makcik bertudung itu mak dia.Mungkin dia akan cakap mak dia lagi seksi sebelum dihambat dengan batang penyapu oleh mak dia. -.-'
Masalahnya ialah ,macam mana pun gaya pemakaian seseorang individu, dia tiada hak untuk mengupload gambar pribadi ataupun mengutuk secara terang-terangan. C'mon meleis, ini bukan kebebasan bersuara lagi. Ini menyalahgunakan konsep demokrasi.


2)Gambar dimuat naik untuk menimbulkan kesedaran seperti "Hamek kau , gambar seksi kau satu dunia pun nampak " . Sebenarnya kalau dilihat kepada penerangan gambar-gambar tersebut, si penulis blog menggelar model-model sebagai pelacur , ingin menjual aset sambil menarik perhatian perogol.Walhal kalau dilihat kepada gambar terawal,gambar tersebut hanyalah gambar seorang makcik memakai baju kurung dengan tudung sarung saiz M.Apa relevankah panggil makcik ni pelacur jual aset? Silap besar la kan, kot-kot makcik ni peguam, disamannya paparazi murahan ni kerana menyalahgunakan gambar, tanpa izin lagi tu.Lagi satu difahamkan bahawa mangsa yang terkena telah membuat laporan polis . See permainan dia. Kau bikin kontoversi, si mangsa panggil itu pak polisi.


Wahai penulis blog, anda salahkan wanita kerana tidak mengikut hukum agama menutup aurat dengan sempurna tapi dalam masa yang sama anda duk jamu mata dengan benda-benda lagha ni? Apa semua ni?Wanita memang harus jaga aurat. Tapi anda, tolonglah juga jaga mata. Tak cukup kenduri sorang, siap dijamu lagi orang lain di blog. Aihh belum lagi bab dosa membuka aib orang . Nasib baik guwa bukan imam masjid besar. Kalau tidak teruk dah lu kena bahan .


3) Kebanyakan komen-komen yang diberikan bukan diberi oleh serbanistas yang dok nasihat pakai sopan-sopan, menutup aurah , tetapi komen-komen daripada mereka yang bernafsu ,mungkin kurang kasih sayang mak bapak , ataupun mungkin juga gagal mendapat pasangan hidup, mungkinkah gay?  Mereka yang komen menggalakan admin mengupload gambat hot chic, untuk melayan nafsu mereka yang abnormal.  Apakah ? Memalukan malaysia tahu? Bertudung labuh pun kau cakap seksi.Still ada selera lagi. Abis kau expect wanita nak pakai guni ke bila keluar ? Ahh sudah . Berhenti salahkan baju wanita kalau nafsu sendiri yang menggila. Jijik dan hina. Ececeh.




P/s : Kalau yang bertudung dipanggil pelacur kan, agaknya kalau yang betul-betul itu dipanggil apa pula  ? Meleis bermasalah -.-''

13 comments:

Aida azni abd razak said...

dah tengok dah blog tu..tapi nak tgk lagi dah remove lak...yang tak senonohnya blog tu...gambar yg diambil dah okey dah tiba2 tang bibir perepmuan tu tebal/seksi pon jadik hal..sengal tuan punye blog tu....

Aida azni abd razak said...

dah tgk dah blog tu..tp nak tgk skali lagi dah remove lak..yang sgt annoying tu..bila gambar yg diambil tanpa izin tu dah okey dah menutup aurat dgn sempurna la kan...tak mcm pic2 yg lain dlm blog tu, tiba2 tang bibir orang tu seksi/tebal pon jadik isu...mental sungguh tuan puan blog tu yek...

haikal blank said...

page2 fb, blog2 macam tu memang cam harem. aku syak kalau anak2 diorang terpapar tayang pungkoq kat laman sosial masa depan nanti baru diorang menyesal.

kalau sempatlah.

Anonymous said...

fuhhh...bederu jga hidung klo msuk blog tu, yg pmpuan lakk hati ada panas klo gambar korg kna candid...ada baiknya dia wat cm tu tp bhasa tu kurng ssuai kot, tegurlah cara sopan...k peace!

*xda blog tp fb ada ngeee add lahh poze bundle :)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

baru pegi tgk kat blog tu masyaallah bahasa yg digunakan uishhhhhhhhhh geram dibuatnya

Mangsakulupgila said...

As 1 of the victim, i dah buat police report n skmm report to this blogger... Next is he will get my summon ..kepada perempuan yg bekerja di area kl sentral, berhati2 sebab ada sex maniac yg memerhatikan anda...

farina.blogspot.com said...

Siapekah blogger tu???

farina.blogspot.com said...

Siapekah blogger tu???

AiZiRuL aSyRaFf said...

siapa blogger too....pliss gi tau

Anonymous said...

FYI kulup84 dah kena tangkap today...he's not malay guy anyway,... n yg follow his blog are all malays....pathetic....tq

James Hetfield said...

mcm mane u tau dia da kene tangkap?

WaKTaU AuTheNTiCs said...

Perempuan tu sendiri adelah aurat..

WaKTaU AuTheNTiCs said...

Perempuan tu sendiri adelah aurat..